Monday, November 7, 2011

gereja terbesar di asia?


Salam semua :D wahh, bukan main lagi yee aku nak nak cerita tentang gereja ni. Aku nak jugak buat blog yang selit-selitkan fakta. Okay so, kali ni aku cerita pasal gereja. Yaa, gereja terbesar di Asia. Di Asia tu kat mana? Jeng jeng jeng~ Gereja tu telah pun di bina di Malaysia. Yaa anak-anak. Di Malaysia. Gereja ini telah pun dirasmikan pada hari Jumaat, bertarikhkan 15 Februari 2008. Beri perhatian! 2008 wooo. Aku baru dapat tahu sekarang wooo. Sekarang dah 2011. Dah 2 tahun dah gereja ni dah buat. Beli tanah jee dah RM55 juta. Yaa anak-anak RM55 juta. Mana dapat duit? Bank lahhh! Sebenarnya kos untuk buat benda ni semua ialah RM300 juta tapi ada masalah teknikal sikit. Nak tahu lg lanjut, pergi --> sini

*tunjuk atas* untuk tanah sahaja

Tadi aku try bukak official website dia --> http://www.calvary.org.my/ Tapi lambat gila loading. Aku mintak tolong kawan-kawan yang tengah online kt Facebook tadi. Dorang pun cakap dorang tak boleh bukak page tu plus lambat gila loading. Ohh, tak kan laa kena banned kot? Tapi, aku jumpa satu lagi link yang seakan-akan sama lah dengan website dia tu --> http://www.calvary.org.my/ccc/ccc_intro.html link ni cerita pasal gereja tu lah. Page tu cakap, macam-macam aktiviti yang boleh buat dalam gereja yang sebesar 4.9 ekar tanah tu seperti tempat belajar, library untuk kanak-kanak, library untuk orang dewasa, seminar, beribadat, shopping complex, tempat rekreasi, cafeteria, kedai buku, tempat untuk kaunseling, bilik darjah, nursery care, dewan macam kt kolej untuk pensyarah, recording studio, lounge, dan lain-lain.

lokasi gereja tersebut *click untuk membesar

lihat tarikh yaa anak-anak : )

Gereja ni ada 6 tingkat. 3 tingkat untuk car park dan 3 lagi untuk kemudahan yang aku sebutkan tadi tulah. Wahhh, bukan main lagi ekk gereja ni, siap ada tempat nak buat recording studio lagi. Kelass kauu -.- gereja ni boleh menempat kan 5000 org untuk auditorium. Disini aku nak cakap, aku nak bersuara tentang pendapat aku lah. Ok, kita semua tahu yang majoriti rakyat Malaysia ni beragama Islam dan Malaysia pun telah merasmikan yang agama Islam adalah agama rasmi negara. Aku tak kesah dia nak buat gereja tu tapi kenapa nak buat kat Malaysia? Nak naikkan nama negara pun jangan lah sampai macam tu sekali weh.

Aku sendiri terkejut bila dapat tahu berita ni. Kenapa sebelum ni tak pernah pun nak masuk tv ke, tak pernah aku nampak kat surat khabar. Maybe aku tak perasan kot. Kalau dah masuh berita pun mesti parents aku dah tau. Parents aku tu kipas susah mati of Buletin Harian. Peka terhadap isu semasa, tapi bila aku bukak cerita ni kt parents aku, kenapa diorang tak tahu? Ayah aku kipas susah mati of surat khabar Metro. Tiap-tiap hari beli Metro. Tapi ayah aku pun tak tahu berita pasal gereja ni, gempak kan? Hahaa : ) Btw, gereja ni siapa punya? Wahhh, hahaha , siapa punya yaa? : ) Dia punya big bos dia kan~ jeng jeng jeng --> Tan Sri Prince Guneratnam (Malaysian). Siapa yang reka bentuk dalaman gereja ni semua? jeng jeng jeng --> arkitek Malaysia ; Datuk Dr Ken Yeang (Malaysian).

Ohh yeahh, maybe tuu je kot yang aku boleh taip. Aku tak tahu nak membebel apa lagi. Memang betul-betul speechless lahh. Tak tahu nak cakap ape. Hilang semua idea-idea yang dah aku kumpul kan tadi /.\

p/s ; buatlah masjid, kuil, temple terbesar kt Malaysia, baru lah SATU MALAYSIA (fvck)